About

Salam..Hai everybody..Anywhere i'm introduce my self. U all can call me shidah or pm.Mesti semua tertanya-tanyakan apa itu pm disebalik panggilan itu.Pm nama panggilan manjaku bermula dari bangku sekolah rendah lagi kira-kira tidak salah ku ketika itu umur ku baru mencecah 11 tahun, ini semua terjadi diatas kelalaian ku didalam kelas dimana ketika itu cikgu ku sedang bercerita mengenai perjuangan orang islam yang terdahulu tetapi aku sibuk membetulkan pensil ku yang tengah rosak.Sampaila pada satu saat cikguku bertanyakan kepada semua perlajar didalam kelas siapakah mahu mengikut contoh nabi kita iaitu muhammad,dan pada ketika itu aku yang tengah asyik membetulkan pensilku pun terus mengangkat tangan kerana melihat semua kawanku mengangkat tangan walaupun ketika itu aku tidak dengar apa yang dipersoalkan oleh cikguku,seterusnya aku yang masih leka dengan kerjaku itu tidak mendengar apa yang cikgu ku ajarkan dihadapan kelas. Cikguku bertanya soalan yang seterusnya,seperti yang pertama tadi aku melihat semua kawan ku mengangkat tangan, aku pun apa lagi terus mengankat tangan kerana aku tidak mahu cikgu ku menghidu yang ada pelajarnya tidak memberi tumpuan didalam kelas. Tanpa aku sedar cikgu ku bertanya siapakah mahu menjadi perdana menteri dan menggantikan Dato Sri Dr. Mahathir Mohammad yang dimana ketika itu beliau menjadi perdana menteri negara kita, aku yang agak berang kerana tumpuan ku kepada pensilku yang rosak agak terjejas sikit lalu tidak semena-mena aku mengangkat tangan sambil berdiri dan menjerit.. Saya CIKGU.... hihihi olehitu terlekatla nama panggilan ku pm...dan aku masih ingat cikgu Anisa orang yang pertama memanggil gelaran itu kepada ku. Kawan-kawanku yang mencerita kembali kepadaku kerana aku langsung tidak tahu apa yang aku tahu ketika itu aku dengan pensil ku..Alhamdulilah walaupun aku tidak menjadi perdana menteri tetapi aku sekarang telah berkhidmat untuk negara dimana aku telah berkerja dibawah badan kerajaan.Alhamdullilah dengan berkat doa mak ayaH..aku dengan cekaL atie menyambung pelajaranku di peringkaT Sarjana Muda Sains Komputer Kejuruteraan Perisian at UTM SPACE..Sebenarnya nak buat sesuatu yang di luar rutin harian kita memang payah..pada awalnya aku half juga..sama ada mahu terus kan pengajian ku atau tidak..tetapi dengan dorongan Derahman Bin Mahmod & Sharifah Hafsah Bt Syed Hamzah iaitu my mom & my dad..aku cekalkan juga atie untuk menyambung pelajaran ku..Ya Allah..mudah-mudahan perkara yang baik aku lakukan ini..engkau permudahkan segala urusan ku sepanjang pengajian ku di UTM..mudah-mudahan aku dapat menghabiskan Sarjana Muda aku ini dan sekaligus menggenggam segulung ijazah..amin..Hihihi..ok Sampai setakat ini sahaja untuk aku kenalkan siapa aku. Untuk mengenali ku lebih lanjut rajin-rajinkan la jari jemari diri anda untuk melayari blog ku ini.. k papaiii..ummmuahhh..Wasalam (^.^)